Wednesday 12 October 2011

Terima Seadanya

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti
tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi
yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai
Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan
dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan NabiNya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Hidup yang tidak memiliki tujuan jauh lebih menakutkan daripada
hidup yang tidak mencapai tujuan.
Yakinlah pada Tuhan...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara
pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-
kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan
dan menikmati hari yang berbahagia tersebut.

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh
mengesankan. kedua mempelai begitu anggun
dan gagah dalam persalinan yang indah. Setiap
pasang mata yang memandang setuju
mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh
saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata
kepada isterinya:

Sayang, abang baru membaca sebuah artikel
dalam majalah tentang bagaimana
memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan
kita", katanya sambil menunjukkan majalah
tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan
hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita
mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan
perkahwinan kita bersama lebih bahagia ...".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-
hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan
berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik
kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.
Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur
dan mencatat apa yang terlintas dalam benak
mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia
membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya",
kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya.
Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka
surat ...

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal
yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia
memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai
mengalir ...

"Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya.
"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua
yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan
bahagia, "Sekarang giliran sayang pula
membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata,
"Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya.
Bagi saya abang sudah sempurna, dan
saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..
Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya
dengan Abang ..."

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh
pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati
isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya
seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan menangis ...





Tidak semua manusia lengkap ALLAH SWT menjadikan kita perpasangan dan kita akn saling melengkapi...


peringantan tuk diri ini juga.


Artikel ini dpetik dari Rahsia Perkhawinan ..


Selamat membaca semua~~~

No comments:

Post a Comment