Tuesday 20 September 2011

Oh lelaki oh rumitnya~~

  • Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.
  •  Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.
  •  Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.
  •  Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.
  • Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.
  • Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..
  •  Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.
  •  Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.
  •  Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukaruntuk dijaga hati.
  • Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua ini tidak benar

hehehe entry nie cik joyah ambek dekat !0! rahsia~~ n di oleh sedekit shaja...kihkihkih



Pilihan Kalbu~~

salam u olls,
Entry kali nie pelikan pilihan kalbu.....kan cik joyah da ad incik nerd as my partner life...ecewah2..hehe...ke ad org ke t.i.g.a~~ no no no...dont2 buat mcm nie..hehe...

mcm nie..hehehe....whereas my w~~ing da nk hmpar (about 8 month) cik joyah nie dok pk lagi spe la yg akn jadi pegepit cik joyah ekk..hmmm ntahla...bnyk ngat nie pilihan...xtaw nk pilih spe...hmm..


boley x korang bagi cadangan sapakah yg paling best klu jadi pegepit cik joyah...hehhe


k la setkat nie jerla ekk...


hehe ramai2 ccam ginie pon best jgk kan2....

Puisi buat Sang Suami....

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah .......

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh.....


Friday 16 September 2011

nothing in my mind jus W~~hee

besh kan klu pk xlama lagi kita akn d satukan dengan org yg kita syg...tp bila pk kan nk buat reception mcm2 procedure la...rasa YA ALLAH huh penatnya..hehehe cik joyah nie InsyaALLAH xsmpai setahun lagi akn berkawen ngn ENCIK NERD..hehehe bukan pe....cik joyah nie nk ckp pre-wedding cos belum taw...haha tp da gatal nk kawen mcm mana 2...

okey first......

cik joyah xtaw nk design bju nikah n sanding mcm mana cik joyah pon xtaw nk mcm mna tp cik joyah nk sweet but nice n ala2 arab skit..hehe n cik joyah nk bju 2 boley pakai bila2 pon sbb bju 2 cik joyah buat..so xkan nk pakai sekali jerk rugi la kan..hehe


Pas 2


cik joyah nk pelamin pon aala2 sntai cam gi2...hehe pas 2 cik joyah nk ala2 mcm arab jgk..hmmm tp xtaw nk design mcm mana tgk dekat semua butik cam sama jerk xde kelainan..hmmm

pas 3

cik joyah nk try deco sendri bilik tido..spe2 boley bntu x??hehe


pas 4

cik joyah nk buat door gift semua2 la souvenir sendri....paper beg...bunga telur...bunga pape bunga la....kihkihkih...ade spe2 boley sugest idea x??



k la cukup setakat nie celoteh cik joyah k...


bye


AS SALAM~~~~

Thursday 15 September 2011

------> A.Z.I.M.A.H a.K.a J.O.Y.AH <------: Rahsia bulan kelahiran me n him..hehe

------> A.Z.I.M.A.H a.K.a J.O.Y.AH <------: Rahsia bulan kelahiran me n him..hehe

Rahsia bulan kelahiran me n him..hehe

Teka la yang mana bulan kelahiran saya dan yang mana bulan kelahiran dia....

MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat.
yang ad tanda mcm nie xpasti la tentang dia..hehe sbb mungkin x kot..hehe.....(ad tersirat klu korg pndai akan terungkap 1 soklan hehe)

Cincin over size~~

wat happen to my jejari gemuks nie....dlu my ring boley jadi size 15-17 now 12.5 pon longgar..hmmm ring terover size or my montel jari terunder weight...dun know la..hukhukhuk....

my mom said don't pakai la ring2 2 t jatuh plak....hmm so now cik joyah xpkai la cincin 2...simpan buat pekasam dengan harapan jejari montel nie kembali segar bugar n mnembum..hehe..


rindu nk pakai cincin nie walupon baru kene warning oleh my mom suruh simpan...

Wednesday 14 September 2011

kenapa perlu cincin di sarungkan di jari manis...

kepada yang da bertunang n bakal bertunang or bakal kawen or dah kawen pernah x korang terfikir kenape cincin tunang or kawen orang tua sarung kat jari manis..?? jom kita try aktiviti di bawah nie..hehe mana taw bermanfaatkan2....

  • Satukan kedua tangan anda dan lekuk jari tengah ke bahagian dalam, kemudian 4 jari lainnya dipertemukan hujungnya seperti gambar di bawah.


  • Pas 2 korang try buka ibu jari korang...hehe boleh kan..ianya mewakili orang tua...lumrah manusia akan sakit n mati...suatu hari nti pasti org tua kita akn meningkan kita juga..
  • (tutup kembali ibujari 2) pas 2 korang buka plak jari telunjuk...hehe jari nie mwakili kak abg adik n sedara kita..suatu hari nti pasti dowg akan ad commitment dowg sendiri dan xkan selalu dengan kita..hehe
  • (tutup kembali jari telunjuk 2) next jari kelingking kita do same step buka....boley kan~~..hehe ianya mewakili ank2 kita lmbat laun ank2 kita akn ad hidup dowg sendri ad family dowg ad kerjaya n mungkin kita akn dtinggalkan..
  • okey ttp blik jari kelingking anda n anda cuba buka jari manis anda mcm step jari2 lain...boley x..?? cuba lagi...boley x?? hehe sshkan n xboley kan...klu korg paksa pon mcm rangkaian jari kita terceraikan..hehe Nauzubillah indahnya CiptaanNYA kan2..jari manis melambangkan suami isteri...suami isteri akn sentiasa bersama dlm menjaga martabat dan kebahgian rumahtangga klu ter buka maka bercerailah n roboh la masjidkan2....
hehe nie just rekaan n mitos semata2....tp ad pengajaran dsebalik semua nie....hehe

tp Nabi Muhammad SAW penah berpesan kepasa Saidina Ali :- Sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangannya, Nabi Muhammad SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari :
  • Pakailah di jari manis
  • n jari kelingking
dan jgn la ianya dpkai pada jari tgh n tlunjuk kene ianya meniru cara berhias kaum yg di laknati oleh ALLAH SWT..iaitu kaum yg derhaka di zaman Nabi Lut a.s....

Semua nie kebaikan dari ALLAH yg buruk datang dari saya....sma2 la la kita memanfaatkan ilmu2 yg ad...aktikel nie saya ambek dr solihinzubir.com..n ad d olah sedikit..



Salam~~~

OooOhHhh~~~ Wang Hantaran....

Ini ada satu kisah benar yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan sekalian. Kisah mengenai seorang lelaki yang mahu mengahwini seorang gadis. Mereka berbalah mengenai jumlah wang hantaran yang terlalu tinggi diletakkan ibu gadis tersebut. Jom kita hayati sedutan dialog panas di antara Mat dan bakal mentuanya.

*************************

Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye..".

Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat"..

Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap".

Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TU!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu  makcik boleh simpan!

*************************

joyahnote..:- to bakal2 tunang org or bakal2 isteri org...berpada2 la meletakan wang hntaran anda..to makcik pakcik kat luar sana pk la baik buruk klu letak mahal2 t yg nk ssh ank2 makcik pakcik juga klu si pihak lelaki p berhutang xpon da lepas kawen jadi papa kedana ke???hehe <jgn ad yg ter singgung na>

bersyukurlah dengan apa yang ad..~~renungkan2 dan selamat membaca

Suami sy seorang ahli perniagaan.. sy mencintai sifatnya yg semulajadi dan sy menyukai perasaan hangat yg muncul dihati sy ketika bersandar dibahunya..

3 tahun dlm masa perkenalan dan 2 tahun dlm masa pernikahan, sy harus akui bahawa sy mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan sy mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yg menjemukan. Sy seorang wanita yg sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Sy merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yg sentiasa mengharapkan belaian. Tapi,semua itu tidak pernah sy perolehi. Suami sy jauh berbeza dari yg sy harapkan, rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dlm mencipta suasana romantis dlm perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan sy terhadap cinta yg ideal.

Suatu hari, sy beranikan diri untuk mengatakan keputusan sy kepadanya, bahawa sy inginkan perceraian.

"Mengapa?" Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Alya letih, abang tidak pernah cuba memberikan cinta yg Alya inginkan. "Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya. Kekecewaan sy semakin bertambah, seorang suami yg tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yg boleh sy harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yg Abang boleh lakukan untuk ubah fikiran Alya?" Sy merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Alya ada 1 soalan,kalo Abang temui jawapannya di dalam hati Alya, Alya akan mengubah fikiran Alya."

"Seandainya Alya menyukai sekuntum bunga cantik yg ada di puncak gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Adakah Abang akan sanggup lakukan demi Alya?"

Dia termenung dan akhirnya berkata,"Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati sy terus menjadi gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yg berisi susu hangat yg bertuliskan...

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya. "Kalimah pertama itu menghancurkan hati sy. Namun,sy masih terus ingin membacanya.

"Alya boleh menaip-naip di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Alya memperbaiki program tersebut."

"Alya selalu lupa membawa kunci rumah ketika Alya keluar dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Alya ketika pulang."

"Alya suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat baru yang Alya kunjungi, Abang harus mencari Alya dari satu lot kedai ke satu lot kedai yg lain dan membawa Alya pulang."

"Alya selalu sengal-sengal badan sewaktu 'ABC' Alya datang setiap bulan dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Alya yg sengal itu."

"Alya lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Alya akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yg dapat mengiburkan Alya di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal yg kelakar yg Abang alami."

"Alya selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk mata Alya , Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, Abang dapat menolong memotong kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Alya, membimbing melusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yg indah.Menceritakan warna-warna bunga yg bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati kerana Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yg boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintaimu. "Untuk itu sayang, jika semua yg telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Alya. Abang tidak akan menahan Alya dari mencari tangan, kaki dan mata lain yg dapat membahagiakan Alya."

Airmata sy jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi sy tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Alya telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Alya puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Alya." "Tetapi,jika Alya tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah sayang, bahagia Abang bila Alya bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu sy segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan sy.

Oh!! Kini sy tahu, tidak ada org yg pernah mencintai sy lebih dari dia mencintai sy. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam kewujudan yg kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam kewujudan yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.



da hbs baca kan~~~...
hehe nie joyah ambek aktikal nie dekat solihinzubir.com..hehe

Tuesday 13 September 2011

Peningkatan Status cik joyah

Salam Semua.....

Harap2 semua sihat2 belaka la kan..hehe

apakah peningkatan status cik joyah..hehe


Tarikh 3.9.2011
Adalah hari bhgia cik joyah....cik joyah da dsunting menjadi tunang org hehe..

now i'm officially fiance to ENCIK NERD....hehe


Hope everything smoothly running...kihkih

n all my fbians doakan la yg terbaik buat kami ekk


bye2

salam........



Some souvenir

 Our engagement ceremony




hehehehe....jeng..jeng..jeng..



Just need

haii..lama kan joyah xupdate blog...bisa la sejak 2 menjak nie sibuk jerk kan2..hehe

joyah just nk blog yg sweet n simple sgt2...buat joyah rasa mc ssh sgt nk jdikannya simple n sweet..
maybe cos joyan xpndai lagi pasai blog2....anybody cam help me....need sssggt222

Byee2...
muuaaahh